Tentang kami

ROCKWELL dibentuk oleh satu kumpulan yang memiliki bakat global dengan pemikiran global.


Rockwell mempunyai kepakaran yang mendalam dalam sesuatu industri untuk menyediakan perkhidmatan korporat kepada entiti swasta.Selain itu, Rockwell juga membantu pelanggan mencapai matlamat mereka melalui khidmat nasihat perniagaan. Kami memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan syarikat-syarikat di Asia Pasifik.


Nilai Kami


Boleh dipercayai - Perunding kami terdiri daripada latar belakang dan bidang berbeza. Ini berfungsi sebagai platform yang mantap untuk kami lakukan dalam penglibatan yang berbeza.


Fleksibel - Kami fleksibel. Kami percaya setiap perhubungan adalah unik dan kami tidak mempunyai piawaian untuk menyatukan perkhidmatan kami. Kami berkhidmat dengan sebaik mungkin untuk memenuhi permintaan pelanggan kami.



Industri Yang Kami Berkhidmat

  •  Peruncit,Pemborong dan Pedagang
  • Perladangan
  • Jentera dan peralatan
  • Pendidikan dan Latihan
  • Hotel, Pelancongan dan
  • Perkhidmatan dan Perundingan
  • Penjagaan Kesihatan dan Perubatan
  •  IT dan Telekomunikasi
  • Perkhidmatan Kewangan
  • Pembinaan
  • Perniagaan Bukan untuk Keuntungan



Orang Kami


Kaunselor Kewangan

Josh Tee, CFA, FRM, CA(M)


Josh kini adalah Pengarah Kanan sebuah bank pelaburan terkemuka yang terletak di ibu pejabat Singapura, yang mana beliau mengkhususkan diri dalam bidang Struktur & transaksis Pembiayaan di seluruh kawasan.


Beliau telah berkhidmat dalam pasaran modal melebihi  8 tahun dengan pengalaman luas dalam bidang kewangan korporat, derivatif, ekuiti tersenarai dan swasta. Josh juga merupakan jurulatih bebas untuk program Penganalisis Kewangan Chartered ("CFA") dan Pengurus Risiko Kewangan ("FRM") serta latihan berkaitan kewangan di Malaysia, Vietnam dan Thailand.

Josh mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya pada tahun 2010. Beliau juga telah menamatkan kelayakan FRM dan CFAnya pada Tahun 2011 dan 2012.


Kaunselor Perakaunan

MC Koh, Sarjana Muda Perakaunan(Kepujian) Universiti Malaya


MC pada masa ini merupakan Pengarah Kewangan bagi sebuah syarikat penasihat korporat terkemuka di Malaysia. MC mempunyai kepakaran dalam Peningkatan Prestasi dan penasihat SOP di seluruh kawasan.


Beliau telah berkhidmat dalam industri ini melebihi 8 tahun dengan pengalaman yang luas dalam bidang ekuiti tersenarai dan swasta. MC telah terlibat dalam dua projek IPO yang berjaya di Singapore Exchange (SGX) dan beliau juga telah dilantik sebagai perunding perniagaan untuk beberapa organisasi.


MC juga merupakan jurulatih bebas untuk Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun ("ACCA"), salah satu kelayakan perakaunan yang paling besar dan paling diiktiraf di dunia. MC juga mengendalikan latihan korporat di Singapura dan Malaysia


MC mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) di Universiti Malaya, dan berkhidmat di Ernst & Young Malaysia sebelum memulakan kerjayanya di Singapura. Kemudian, beliau meneruskan latihannya di firma perakaunan tempatan dan global Singapura.



Kaunselor Kewangan

KS Tan, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Tenaga Nasional


Tan mempunyai pengalaman kerja selama 10 tahun dalam industri perbankan dan kewangan termasuk institusi kewangan tempatan dan luar negara.Beliau juga Mempunyai pengalaman yang luas sebagai Pengurus Perhubungan serta Pengurus Penganalisis Kredit, Tan adalah pakar dalam pembiayaan dan pelaburan korporat. Selama tempoh kerjayanya dalam bidang profesionalnya, Tan telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan untuk prestasi cemerlangnya.


Tan juga telah dilantik sebagai Penasihat Kewangan Bebas untuk beberapa organisasi.


Tan mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Tenaga Nasional.


Kaunselor Pemasaran dan Teknologi

Amos Jeremiah Lim, DipBM , EDipRE


Amos Jeremiah Lim mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaan. Beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang kerja, dari bidang hartanah sehingga kecantikan.Beliau juga berminat untuk memudahkan teknologi kewangan kerana ianya mempunyai ketelusan dan potensi dalam memajukan masyarakat kita. Beliau belajar dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Eksekutif dalam Harta Tanah. Beliau kini dilantik sebagai Pengarah Pengedaran Kasvot dan Penyelesaian Global Rockwell.


Kaunselor Pemasaran

Leanne Chong, BBA(Hons)


Leanne mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran dan hartanah yang mempunyai pengalaman lebih dari 7 tahun bekerja di syarikat pemaju hartanah global. Beliau bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan pelan pemasaran untuk beberapa projek hartanah yang luar biasa di Malaysia, termasuk projek Setia Business Park, Eco Business Park dan projek Lab Spring.


Leanne juga telah dilantik sebagai Penasihat untuk beberapa syarikat baru.